SIARAN TERKINI AL FALAH  |
| |
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN AL FALAH |
TARIKH TUTUP : Permohonan Sepanjang Masa |
|
Permohonan akan dipertimbangkan kepada anggota dan anak anggota samaada yang baru mendapat tempat atau sedang belajar di IPTA/IPTA dalam atau luar negara pada Peringkat Diploma, Ijzah Pertama, Ijazah Lanjutan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
-
Telah menjadi anggota tidak kurang 2 tahun dan berterusan.
-
Permohonan akan dipertimbangkan dan diluluskan sekiranya baki gaji bersih tidak kurang 40 peratus (40%) setelah diambil kira pembayaran balik Pembiayaan Pendidikan Al Falah.
-
bagi anggota sendiri memohon anggota tersebut dikehendaki memberitahu KGMKB sekolah tempat berkhidmat selepas tamat pengajian.
-
Permohonan hendaklah disertakan dengan 2 salinan 2 bulan gaji akhir yang disahkan oleh majikan.
-
Satu salinan keputusan peperiksaan akhir tahun dan surat tawaran masuk ke IPTA yang DISAHKAN hendaklah disertakan bagi anggota dan anak anggota yang sedang menuntut di Pusat Pengajian.
-
CARA : Dapatkan borang di pejabat KGMKB atau melalui pos dengan kiriman sampul surat berukuran 11cm X 24 cm beralamat sendiri beserta setem RM 0.50.
|
|
HADIAH KECEMERLANGAN 2009 |
|
TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2010 |
Kepada anggota dan anak-anak anggota yang memperolehi keputusan cemerlang LAYAK memohon hadiah kecemerlangan BERSYARAT. Sila tuliskan surat dan sertakan salinan keputusan peperiksaan dan sijil lahir yang telah disahkan. |
| |
KEMPEN ANGGOTA BARU  |
Anggota-anggota yang mencari 5 orang anggota BARU dan membawa sendiri borang keahlian baru ke KGMKB akan diberi RM 10.00 bagi setiap borang.
Siapa Cepat Dia Dapat !!
|
|
|
KURSUS MKM  |
Kini semua anggota MKM yang ingin mengikuti kursus MKM boleh mengikutinya di MKM Cawangan Alor Setar, Kedah Darul Aman.
MKM telah membuka cawangan Zon Utara di Wisma KGMKB.
Yuran akan ditaja oleh KGMKB kepada setiap anggota yang berdaftar dengan KGMKB. Jangan Ketinggalan.... |